Ikuti perjalanan Para Pemenang ini

Selepas berlangsungnya pertandingan sedunia yang melibatkan lebih daripada 330,000 pemohon dari 196 negara, calon yang berjaya dalam 'Pekerjaan Terbaik di Dunia' Tourism Australia telah memulakan tugas impian mereka. Enam jawatan tersebut ialah: Ketua Hiburan di Sydney, New South Wales; Pengembara Kawasan Pedalaman di Wilayah Utara; Renjer Taman di Queensland; Penjaga Hidupan Liar di Australia Selatan; Jurugambar Gaya Hidup di Melbourne, Victoria; dan Pakar Rasa di Australia Barat. Sepanjang percutian sambil bekerja mereka selama enam bulan di Australia, para pemenang akan bersemuka dengan landskap darat yang mengagumkan, alam semula jadi dan hidupan liar yang unik, bandar kosmopolitan, makanan serta wain yang lazat; cara Australia kami yang mesra dan gaya hidup Australia yang hebat.

Terma Dan Syarat|Dasar privasi
Tawaran-tawaran khas Penafian
hubungi kami|laman web